Pengarah syarikat direman tujuh hari beri suapan RM2 juta

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat direman tujuh hari bermula Rabu bagi membantu siasatan kes memberi suapan sebanyak RM2 juta kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 2016 dan 2017.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif di Mahkamah Majistret selepas permohonan reman itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Rabu.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada jam 3.10 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan.

Lelaki itu dipercayai memberi suapan kepada pegawai dan kakitangan KTMB sebagai dorongan membantu syarikatnya mendapatkan kerja-kerja pembinaan jalan kereta api serta pembangunan pelabuhan di Wilayah Songkhla, Thailand.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap yang mengesahkan tangkapan itu, turut memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Artikel Berkaitan: