[VIDEO] Rugi lebih RM1,800 angkara 'lesen terbang'

Foto hiasan - Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
Foto hiasan - Gambar kecil: Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki kerugian lebih RM1,800 gara-gara mahu mendapatkan lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian, apabila dokumen yang ditawarkan itu sebenarnya tidak wujud.

Mangsa berusia 21 tahun yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan menjelaskan semua bayaran bagi mendapatkan 'lesen terbang' yang didakwa tulen namun dokumen itu gagal diserahkan sebagaimana yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan tawaran itu selepas melihat iklannya melalui sebuah akaun Facebook yang dilayari pada 8 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa berminat untuk mendapatkan lesen memandu kelas D yang ditawarkan pada harga RM599 dan segera berurusan dengan 'ejen' melalui aplikasi Whatsapp.

"Dalam urusan itu, mangsa diminta membuat beberapa bayaran tambahan dan semuanya dijelaskan demi mendapatkan lesen secara mudah tanpa perlu menjalani ujian.

"Dalam tempoh 8 hingga 14 Februari lalu, mangsa telah membuat lima kali transaksi pindahan wang ke sebuah akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM1,849," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Wazir berkata, selepas semua bayaran dibuat mangsa gagal menerima dokumen tersebut sebelum syak diri ditipu.

"Mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Raub pada Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Jangan ambil jalan mudah, kan dah terkena! #fyp#TikTokNews#ViralNewsMalaysia#BuletinTikTok#LesenTerbang original sound - Sinar Harian