Vlahovic perlu segera sesuaikan diri gaya Juventus

Dusan Vlahovic - Foto AFP
Dusan Vlahovic - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG baharu Juventus, Dusan Vlahovic perlu segera menyesuaikan diri dengan gaya permainan berintensiti tinggi The Old Lady selepas bekas tonggak Fiorentina itu berdepan prestasi tidak konsisten di Turin.

Malah menurut Massimiliano Allegri, beliau percaya pemain dari Serbia itu mampu menggalas cabaran bersama gergasi Serie A tersebut, namun perlu segera untuk menyesuaikan diri.

“Di Fiorentina sebelum ini dia bermain satu perlawanan seminggu dan kini dia perlu mengharungi perlawanan setiap tiga hari. Ya, inilah sebahagian proses perkembangannya potensi dirinya

“Jadi dia perlu membiasakan diri bermain setiap tiga hari, dan melakukannya menggunakan teknik yang betul dan bukan sekadar bergantung kepada kekuatannya.

“Jika tidak, dia tidak akan dapat mengendalikan permainan secara fizikal selama 95 minit dua kali seminggu,” kata Allegri.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini berpindah dari Fiorentina ke Juventus dengan perjanjian bernilai sehingga 80 Euro juta (RM377.58 juta) sekali gus menyaksikan nilai perpindahan terbesar dan paling sensasi bagi Januari 2022.

Anak buah Allegri akan menyingkap semula kempen pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara berdepan kelab sensasi La Liga, Villareal di Estadio de la Ceramica pada awal pagi Rabu.

The Old Lady kini menjadi harap komuniti bola sepak Itali untuk mara lebih jauh ke saingan suku akhir berprestij kelab Eropah itu selepas selepas Inter Milan diaibkan Liverpool 2-0 di San Siro sebelum ini.

Artikel Berkaitan:


INFO


LIGA JUARA-JUARA

PUSINGAN 16 TERBAIK

Perlawanan pertama

RABU (23 FEBRUARI)

Chelsea lwn Lens, 4 pagi

Villarreal lwn Juventus, 4 pagi

KHAMIS (24 FEBRUARI)

Atletico Madrid lwn Manchester United, 4 pagi

Benfica lwn Ajax Amsterdam, 4 pagi

LIGA EUROPA

PUSINGAN 16 TERBAIK

Perlawanan Kedua

JUMAAT (25 FEBRUARI)

Olympiakos (1) lwn (2) Atalanta, 1.45 pagi

Lazio (1) lwn (2) Porto, 1.45 pagi

Dinamo Zagreb (1) lwn (3) Sevilla, 1.45 pagi

Real Sociedad (2) lwn (2) RB Leipzig, 1.45 pagi

Napoli (1) lwn (1) Barcelona, 4 pagi

Braga (0) lwn (2) Sheriff, 4 pagi

Rangers (4) lwn (2) Borussia Dortmund, 4 pagi

Real Betis (3) lwn (2) Zenit St Petersburg, 4 pagi

LIGA PERDANA INGGERIS

KHAMIS (24 FEBRUARI)

Burnley lwn Tottenham Hotspur, 3.30 pagi

Watford lwn Crystal Palace, 3.30 pagi

Liverpool lwn Leeds United, 3.45 pagi

JUMAAT (25 FEBRUARI)

Arsenal lwn Wolves, 3.45 pagi