Aubameyang ledak hatrik pertama bersama Barcelona

Aubameyang meledak hatrik pertamanya bersama Barcelona ketika membantu pasukannya itu menewaskan Valencia 4-1.
Aubameyang meledak hatrik pertamanya bersama Barcelona ketika membantu pasukannya itu menewaskan Valencia 4-1.
A
A
A

PEMAIN baharu Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang meledak hatrik pertamanya bersama Barcelona ketika membantu pasukannya itu menewaskan Valencia 4-1 pada Ahad.

Pemain kelahiran Gabon itu sebelum ini sedikit bergelut dengan prestasinya apabila gagal menjaringkan gol dalam tiga penampilan pertamanya untuk skuad Catalan itu.

Bagaimanapun pada perlawanan tersebut, pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menentang Valencia dan berjaya menyempurnakan hatrik selepas rehat apabila rembatan pemain tengah Pedri terkena kaki Aubameyang sebelum menerjah ke gawang.

Lebih manis lagi, Aubameyang merupakan pemain Gabon pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam saingan LaLiga.

"Dia (Aubameyang) seorang yang bijak dan sentiasa akan menjaringkan gol sepanjang kariernya.

"Malah kami juga sudah menjangka dia akan memperoleh gol pertama LaLiga dalam masa terdekat.

"Dia sangat bijak dan matang dalam permainannya. Saya gembira dengan aksi yang dipersembahkan oleh Aubameyang," kata pengendali Barcelona, Xavi Hernandez

Dalam pada itu, rakan sepasukan Aubameyang, Sergio Busquet menyifatkan Barcelona sangat beruntung apabila berjaya menandatangani bekas pemain Arsenal itu secara percuma.

Artikel Berkaitan:

"Dia datang ke sini dengan kurang minit permainan namun sekarang beliau sudah mula mendapatkannya.

"Saya harap dia mampu untuk mengekalkan momentum tersebut sekali gus mampu bantu pasukan ke peringkat lebih tinggi," katanya.