Bomba selamatkan lelaki buta jatuh longkang

Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki buta yang terjatuh dalam sebuah longkang setinggi tujuh meter di bawah Jambatan Saloma. - Foto Bomba KL
Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki buta yang terjatuh dalam sebuah longkang setinggi tujuh meter di bawah Jambatan Saloma. - Foto Bomba KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sebuah longkang besar setinggi tujuh meter di bawah Jambatan Saloma di sini pada Ahad.

Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Ahad berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mempunyai masalah penglihatan terbatas.

Menurutnya, sebuah jentera dan 13 anggota dikerahkan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.27 petang.

"Setibanya jentera bomba di lokasi pada jam 4.34 petang terdapat seorang lelaki tempatan buta penglihatan terjatuh di dalam longkang besar pada ketinggian 7 meter dan berada di tebing.

Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke HKL untuk menerima rawatan. - Foto Bomba KL
Mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke HKL untuk menerima rawatan. - Foto Bomba KL

"Pada jam 5.06 petang anggota operasi berjaya menaikkan mangsa," menurut kenyataan tersebut.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahu, kaki dan tangan diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.42 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: