Tun M kembali kayuh basikal di Tasik Putrajaya

Dr Mahathir berkongsi gambarnya mengayuh basikal di sekitar kawasan Tasik Putrajaya di akaun Facebooknya pada Ahad. - Foto Facebook rasmi Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkongsi gambarnya mengayuh basikal di sekitar kawasan Tasik Putrajaya di akaun Facebooknya pada Ahad. - Foto Facebook rasmi Dr Mahathir.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas sekian lama tidak berkongsi perkembangan setelah kali terakhir bersiar pada 9 Februari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik gambar beliau mengayuh basikal di sekitar kawasan Tasik Putrajaya pada pagi Ahad.

Dr Mahathir menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Ahad berkata, beliau berpeluang untuk mengayuh basikal semula selepas beberapa bulan tidak melakukan aktiviti tersebut.

“Di Tasik Putrajaya pagi tadi, kayuh semula setelah beberapa bulan tak dapat kayuh gerek. Gerek ni perkataan Kedah untuk basikal.

“Saya tengok ramai yang amal gaya hidup sihat, alhamdulillah dan tahniah.

“Saya pilih Tasik Putrajaya, tapi tak ramai yang tahu landskap tasik ini sebenarnya diinspirasi daripada Lake Como di Itali, dengan perumahan di sekitarnya mengindahkan suasana,” katanya.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 13 Januari lalu selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) pada 8 Januari.

Pada 5 Februari, beliau dibenarkan keluar dari IJN dan menjalani pemulihan di rumah.

Artikel Berkaitan: