Hung Meng, tiga pemain B-23 positif Covid-19

Hung Meng (tengah) telah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR pada pagi Ahad.
Hung Meng (tengah) telah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian PCR pada pagi Ahad.
A
A
A

NASIB malang terus menimpa skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara apabila tiga pemain disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian pantas antigen (ART) di hotel penginapan di Phnom Penh, Kemboja pagi Sabtu.

Tiga pemain tersebut ialah Abdul Hanafie Tokyo, Zainal Abidin Jamil dan T Saravanan.

Selain itu, penolong jurulatih, Khan Hung Meng juga disahkan positif Covid-19.

Ketiga-tiga pemain serta penolong jurulatih berkenaan telah diasingkan serta-merta daripada aktiviti bersama pasukan dan akan menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) pada pagi Ahad.

Sementara itu, dua pemain yang sebelum ini positif Covid-19 ketika ujian PCR setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh iaitu Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari dijangka bebas daripada tempoh isolasi masing-masing pada Sabtu atau Ahad.

Keputusan itu tertakluk kepada keputusan ujian PCR terkini mereka sebelum dibenar kembali menyertai latihan bersama pasukan.

Artikel Berkaitan: