Mesej ‘suara petani’ palsu: EPU

Tangkap layar mesej palsu yang disebarkan.
Tangkap layar mesej palsu yang disebarkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan terdapat mesej palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menyatakan EPU sedang mendapatkan pandangan orang ramai untuk menambah baik industri dan sektor pertanian.

Perkara itu disahkan melalui kenyataan media oleh EPU pada Sabtu dengan menghantar semula tangkap layar mesej tersebut dengan palang palsu.

“EPU, JPM mengesahkan bahawa mesej tersebut adalah palsu dan sesiapa yang menerima mesej berkenaan diminta untuk mengabaikannya,” menurut kenyataan itu.

Mesej palsu tersebut menyatakan bahawa EPU daripada JPM memerlukan suara daripada petani untuk mereka mengambil kira pandangan tersebut bagi membuat penambahbaikan.

Antara masalah yang dikemukakan dalam mesej itu termasuklah kawalan kuota import berkesan, kos makanan ternakan meningkat, masalah pemasaran produk pertanian dan masalah pekerja tempatan yang tidak berkualiti.

Artikel Berkaitan: