Ibu maut, bayi terkeluar dalam kandungan

Nor Haliza (gambar kecil) dan bayinya maut dalam nahas melibatkan dua motosikal di Kampung Banggol Stol, Repek, Pasir Mas pada Jumaat.
Nor Haliza (gambar kecil) dan bayinya maut dalam nahas melibatkan dua motosikal di Kampung Banggol Stol, Repek, Pasir Mas pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Tiga termasuk wanita dan bayinya yang terkeluar dari kandungan maut dalam nahas membabitkan dua motosikal di Kampung Banggol Stol, Repek di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nor Haliza Abdul Yazaib, 25, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah sementara bayinya disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).

Kemalangan tersebut turut mengakibatkan seorang lagi remaja, Muhamad Shakim Mohd Zaki, 18, meninggal dunia pada jam 10.45 malam semasa menerima rawatan di HPM.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, Nor Haliza yang sarat hamil sembilan bulan menunggang motosikal bersama anak perempuannya berusia enam tahun dengan mengekori suaminya untuk ke kedai runcit.

"Setiba di lokasi kejadian, Muhamad Shakim yang menunggang motosikal jenis Yahama Y-15 dipercayai telah memasuki laluan Nor Haliza menyebabkan berlaku pertembungan. Ketika itu, Nor Haliza menunggang motosikal jenis Honda Wave," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Menurutnya, kesan perlanggaran itu mengakibatkan Nor Haliza meninggal dunia dan bayi dalam kandungannya telah terkeluar.

Beliau berkata, ketika itu bayi tersebut masih lagi bernyawa dan kemudian dibawa ke HPM untuk rawatan lanjut.

Sementara itu katanya, seorang lagi anak mangsa, Nurul Iman Maisara Mohd Khairi mengalami kecederaan pada kepala, luka-luka di tangan dan muka.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Nurul Iman Maisara kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HPM.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.