'Terima kasih Malaysia kerana terus menderma'

A
A

SHAH ALAM - Ternyata rakyat Malaysia sememangnya prihatin dengan kejadian tembakan pengganas di New Zealand, apabila tabung khas #Sinar4NZMartyrs yang memasuki hari keempat, terus mencatatkan peningkatan jumlah terkumpul sebanyak RM71, 672.90 sehingga jam 9 pagi hari ini.

Semalam sehingga jam 5 petang, sebanyak 716 transaksi ke tabung khas tersebut dicatatkan menjadikan jumlah terkumpul RM64,775.78, hasil sejak tabung ini dilancarkan Sabtu lalu.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.

Tabung khas tersebut diwujudkan bagi membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam tragedi tembakan di dua masjid berasingan di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Kutipan itu terbahagi kepada tiga fokus utama iaitu mangsa yang meninggal dunia, mangsa cedera dan membantu membaik pulih masjid yang terjejas dalam tragedi yang menggemparkan dunia.

Kesemua hasil kutipan akan diserahkan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di New Zealand untuk diserahkan kepada mangsa yang terlibat.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia