Buka sempadan: KKM diberi tiga minggu kemuka pandangan

Ismail (kanan) pada sidang akhbar selepas Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara pada Jumaat.
Ismail (kanan) pada sidang akhbar selepas Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara pada Jumaat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kementerian Kesihatan (KKM) diberi tempoh tiga minggu bagi mengemukakan pandangan berhubung pembukaan sempadan negara sebelum sebarang penilaian dilakukan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan perlu meneliti sebaiknya pembukaan sempadan negara kerana tidak semua rakyat dapat menerima hakikat bahawa mereka perlu hidup dengan Covid-19.

“Pelbagai pandangan diberikan tentang pembukaan sempadan. Ada yang kata kita boleh buka sempadan kerana macam saya kata sebelum ini masyarakat perlu dididik untuk hidup bersama Covid-19.

“Keseimbangan itu yang sedang dicari KKM dan kita beri tempoh tiga minggu untuk bentang dalam kabinet supaya pembukaan negara ini dapat dilakukan atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara di sini pada Jumaat.

Sementara itu, berhubung cadangan pembukaan laluan khas kepada pekerja rakyat Johor yang kini berada di Singapura untuk pulang mengundi, Ismail Sabri berkata, perkara itu perlu melihat kepada peraturan semasa negara jiran berkenaan.

“Kalau boleh memang kita nak rakyat bebas balik mengundi kerana dari segi demokrasi setiap rakyat berhak untuk mengundi tapi mereka berada di Singapura dan terpaksa mematuhi peraturan dan undang-undang Singapura.

“Tetapi kalau pintu ditutup kerana faktor kesihatan dan Singapura ada peraturan tertentu yang menyukarkan rakyat balik, maka kena patuh kerana ini juga melibatkan negara mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: