Olimpik 2022: Langkah Beijing cegah, kawal wabak dipuji

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Beijing.
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Beijing.
A
A
A

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) memuji langkah Beijing dalam mencegah dan mengawal wabak Covid-19 sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Menurut Jurucakap IOC, Mark Adams, Beijing berjaya menganjurkan satu daripada pertandingan antarabangsa paling rumit dan menyifatkan langkah kawalan wabak sebagai kunci kejayaan temasya itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada China atas persiapan cemerlang dan mengingatkan semua agar tidak leka berikutan penularan Covid-19 masih berleluasa dan pertandingan belum berakhir.

Naib Pengarah Jabatan Pencegahan dan Kawalan Wabak Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Huang Chun pada Rabu juga memaklumkan bahawa jumlah kes positif harian adalah satu digit sahaja dan menunjukkan trend penurunan.

Jelas beliau kejayaan Beijing dalam mencegah dan mengawal wabak hasil keberkesanan aspek penyusunan panduan saintifik dan pragmatik; mendapat pandangan saintis dan pakar perubatan yang melakukan analisis tentang wabak global secara harian; dan semua pihak terlibat melaksanakan dasar yang ditetapkan.

"Langkah berkesan Sukan Olimpik akan diteruskan pada Sukan Paralimpik dan perlindungan terhadap orang kurang upaya akan disusun semula," kata Huang. - Bernama

Artikel Berkaitan: