PGA rampas lebih 2,000 karton rokok

PGA Bakri menahan dua lelaki dan merampas 379,900 batang rokok di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Oakland, Muar, pada Isnin lalu. - Foto ihsan PGA
PGA Bakri menahan dua lelaki dan merampas 379,900 batang rokok di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Oakland, Muar, pada Isnin lalu. - Foto ihsan PGA
A
A
A

MUAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri menahan dua lelaki dan merampas 379,900 batang rokok di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Oakland di sini, Isnin lalu.

Penolong Pegawai Memerintah Batalion 6 PGA, Deputi Superintendan Salehin Suleiman berkata, serbuan itu dilakukan selepas mendapat maklumat berkenaan pengedaran rokok tidak bercukai di kawasan tersebut.

"Hasil pemeriksaan ke atas lori dan premis, kita menemui 2,025 karton yang mengandungi 379,900 batang rokok tidak bercukai.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk sebuah lori adalah RM501,979.50," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, suspek yang berusia 59 tahun hingga 61 tahun itu ditahan reman selama 14 hari sehingga 27 Februari ini bagi membantu siasatan.

Serbuan itu katanya, berjaya melumpuhkan satu rangkaian sindiket pengedaran rokok seludup di sekitar Seremban, Negeri Sembilan dengan menjadikan premis sebagai stor penyimpanan rokok yang tidak bercukai.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru orang ramai agar dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang di kawasan mereka.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: