Kondo mewah lokasi sindiket penipuan dalam talian diserbu

Polis memeriksa individu dan peralatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Medan Tuanku, pada Selasa.
Polis memeriksa individu dan peralatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Medan Tuanku, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kondominium mewah di Medan Tuanku di sini, yang dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian diserbu sepasukan anggota polis, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 36 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan jam 1.30 petang itu.

"Kita telah merampas 32 peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan, antaranya telefon bimbit, tablet, Ipad dan komputer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, modus operandi sindiket penipuan dalam talian itu menjadikan kondominium mewah yang memiliki kawalan keselamatan 24 jam untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa dan menyukarkan kemasukan pelawat.

Peralatan yang dirampas disyaki digunakan sindiket penipuan dalam talian.
Peralatan yang dirampas disyaki digunakan sindiket penipuan dalam talian.

"Kesemua individu itu direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan," katanya.

Noor Dellhan menggesa pihak pengurusan bangunan dan orang ramai untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti yang mencurigakan.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: