Lelaki parah ditetak parang

Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohammad Shofee)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohammad Shofee)
A
A
A

PONTIAN - Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes tetak seorang mangsa menggunakan parang di sebuah restoran di Benut di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, sebaik menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.20 petang, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan siasatan awal, saksi kejadian memaklumkan terdapat dua lelaki melarikan diri dengan menaiki Toyota Alparhd berwarna putih. Setelah semakan dibuat, nombor pendaftaran kenderaan tersebut palsu.

"Mangsa berusia 40 tahun telah dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Mangsa mengalami parah di bahagian tangan kanan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohammad Shofee kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut boleh menghubungi Inspektor Muhammad Syamil A Fadzil di talian 013-7145506 bagi membantu mengesan suspek yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: