Penumpang ditahan kerana cuba buka pintu pesawat

Para penumpang lain menyaksikan seorang lelaki ditangkap di hadapan pintu kokpit dalam penerbangan dari Los Angeles ke Washington pada Ahad lalu. - Foto Twitter/@SoccerMouaz
Para penumpang lain menyaksikan seorang lelaki ditangkap di hadapan pintu kokpit dalam penerbangan dari Los Angeles ke Washington pada Ahad lalu. - Foto Twitter/@SoccerMouaz
A
A
A

KANSAS - Beberapa penumpang dan pramugari terpaksa menangkap seorang penumpang yang cuba membuka pintu sebuah kapal terbang komersial ketika dalam penerbangan dari Los Angeles, California ke Washington DC, pada petang Ahad.

Menurut seorang pegawai syarikat penerbangan, penumpang lelaki itu juga dilaporkan mahu membuka pintu kokpit dan cuba memasuki ke tempat juruterbang pesawat berkenaan, namun dia gagal melakukannya.

Bagaimanapun, penerbangan itu terpaksa dilencongkan ke bandar raya Kansas City berikutan kejadian tersebut.

Seorang penumpang, Mouaz Moustafa berkata, semuanya berada dalam keadaan tenang sehingga seorang pramugari tiba-tiba menjerit kepada rakan sekerja untuk menghidupkan semua lampu dan pesawat itu mula turun dengan sangat cepat.

“Ada seorang lelaki yang cuba masuk ke dalam kokpit dan cuba membuka pintu kokpit dan dia juga cuba membuka pintu pesawat. Saya rasa, dia gagal di pintu kokpit,” kata Moustafa kepada Fox News Digital.

Ketika orang ramai cuba untuk menundukkan dia, seorang pramugari yang sama berlari ke bahagian belakang dan mengambil seperti teko dan kemudian pergi ke hadapan serta mula memukul lelaki itu di kepala, kata Moustafa.

Bagaimanapun, Biro Penyiasatan Persekutuan dan agensi penguat kuasa lain menunggu penumpang yang berkelakuan kasar itu untuk menangkapnya selepas pesawat berkenaan mendarat di bandar raya Kansas. - Agensi

Artikel Berkaitan: