Hartawan tersohor India Rahul Bajaj meninggal dunia

Rahul Bajaj. - Foto Reuters
Rahul Bajaj. - Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Taikun tersohor India, Rahul Bajaj meninggal dunia pada Sabtu di usia 83 tahun.

Bekas pengerusi Kumpulan Bajaj itu, yang juga antara pengeluar motosikal terbesar, menghidap kanser dan meninggal dunia di sebuah hospital di Pune di barat India, lapor media tempatan.

Beliau meninggalkan dua anak lelaki Rajiv dan Sanjiv Bajaj dan seorang anak perempuan Sunaina Kejriwal.

Pemimpin perniagaan dan ahli politik India dalam ucapan takziah mereka memperingati sumbangan beliau kepada sektor perindustrian negara.

"Rahul Bajaj ialah orang yang membolehkan kebanyakan rakyat India menggunakan motosikal.

Kita kehilangan seorang pemimpin perniagaan yang berpandangan jauh dan lantang," kata bekas menteri kewangan P. Chidambaram.

Presiden India Ram Nath Kovind menggelar Bajaj sebagai "doyen" (tokoh) industri India.

"Kerjayanya mencerminkan peningkatan dan kekuatan semula jadi sektor korporat negara," ciapnya di Twitter. - Bernama

Artikel Berkaitan: