[VIDEO] Cari kaedah terbaik bantu mangsa banjir

Ahmad (tiga dari kanan) ketika menyampaikan bantuan wang tunai kepada rakyat Kelantan yang terkesan dengan bencana banjir di Kompleks Karangkraf di sini pada Sabtu. (Gambar kecil) Muhammad Nasir.
Ahmad (tiga dari kanan) ketika menyampaikan bantuan wang tunai kepada rakyat Kelantan yang terkesan dengan bencana banjir di Kompleks Karangkraf di sini pada Sabtu. (Gambar kecil) Muhammad Nasir.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan di setiap negeri perlu mencari kaedah terbaik dalam usaha mengenal pasti mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, ini kerana ramai daripada mereka masih lagi belum menerima sebarang bentuk bantuan terutama dari segi kewangan disebabkan masalah tersebut.

“Jadi saya syorkan supaya kerajaan di setiap negeri mencari kaedah terbaik untuk mengenal pasti mangsa-mangsa banjir ini.

“Kita dengar di sesetengah negeri sehingga sekarang masih ada yang belum dapat menyalurkan bantuan kerana masalah untuk mengenal pasti mangsa yang terkesan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kebajikan Pasca Banjir 2021 kepada Anak Kelantan di Perantauan yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini, pada Sabtu.

Majlis anjuran kerajaan Kelantan itu dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.

Seramai 552 ketua keluarga menerima bantuan berupa wang tunai RM500.

Mengulas mengenai program tersebut, Muhammad Nasir berkata, ia merupakan satu usaha yang sangat baik daripada pihak kerajaan Kelantan kerana dilihat masih lagi mengambil berat dan prihatin terhadap rakyat mereka yang berada di Lembah Klang.

Artikel Berkaitan:

“Sebagaimana yang dimaklumkan Menteri Besar tadi, pihaknya memperuntukkan sejumlah RM700,000 untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir buruk Disember lalu.

“Jumlah ini melibatkan 1,341 keluarga di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang,” katanya.



BERITA SEMASA 12 FEBRUARI 2022

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata ini antara usaha baik negeri Kelantan untuk mengambil berat terhadap rakyatnya yang terjejas akibat banjir di Lembah Klang.

Muzik: www.bensound.com

#Kelantan #Banjir2021 #SinarHarian

" />