Guardiola puji aksi City tewaskan Brentford

Pemain City meraikan jaringan kedua mereka ketika membenam Brentford 2-0.
Pemain City meraikan jaringan kedua mereka ketika membenam Brentford 2-0.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memuji kesabaran yang ditunjukkan anak buahnya ketika mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Brentford, awal pagi tadi.

Menurut jurulatih kelahiran Sepanyol itu, meskipun berjaya menguasai permainan dengan mencatat 15 percubaan ke gawang Brentford, ia bukan satu tugas mudah untuk membolosi pasukan The Bees.

Bagaimanapun katanya, dia gembira dengan aksi yang ditampilkan pasukan sehingga berjaya mengutip tiga mata penuh pada perlawanan itu sekali gus mengumpul 69 mata dengan mempunyai baki 14 perlawanan.

"Agak sukar untuk mengatur serangan menentang Brentford yang saya lihat agak agresif dan sentiasa memberi tekanan yang tinggi kepada pasukan.

“Kami terpaksa bersabar, tidak melakukan kesilapan dan akhirnya kami mendapat keputusan.

"Untuk mengumpul 60 mata di peringkat ini adalah mengagumkan dan kami telah melakukan dengan sangat baik setakat ini," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Manchester City melebarkan rekod tanpa kalah kepada 14 perlawanan dalam saingan liga hasil sepakan penalti Riyad Mahrez di separuh masa pertama dan gol sumbangan Kevin De Bruyne pada babak kedua di Stadium Etihad.

Dalam pada itu, Guardiola menolak pandangan beberapa pihak yang mengatakan City kini merupakan pasukan terbaik di dunia.

Artikel Berkaitan:

"Tidak, kami bukan pasukan terbaik di dunia. Pasukan terbaik ketika ini ialah Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

"Apa yang penting ketika ini ialah dalam tiga hari kami pergi ke Norwich dan perlu memenangi perlawanan tersebut," ujarnya,