Kerja pengeluaran sisa industri siap 85 peratus

Amirudin Shari - Foto Bernama
Amirudin Shari - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja pengeluaran sisa industri dari kolam takungan banjir Taman Eng Ann, Klang dilaporkan sudah mencapai 85 peratus sehingga jam 10 malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, pihaknya kini dalam proses untuk menangani masalah pencemaran di kolam takungan tersebut dengan membersihkan kawasan tercemar dan ia dijangka selesai sepenuhnya dalam masa terdekat.

"Pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa dan setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan pencemaran lain di negeri ini.

"Jika orang awam mempunyai maklumat berhubung kawasan yang berpotensi untuk berlaku pencemaran seperti di kolam takungan, mereka boleh maklumkan segera untuk diambil tindakan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Sidang DUN Selangor ke-14 hari ini.

Menurutnya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga memberikan laporan setiap hari berhubung perkembangan gerak kerja pembersihan di kolam takungan banjir tersebut.

Sebelum ini, sebanyak 21 bahan industri ditemui dalam laporan awal kajian makmal yang dilakukan terhadap sampel pencemaran di lokasi kolam takungan banjir di Taman Eng Ann.

ADUN Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim berkata, keadaan pencemaran di kawasan terlibat berada dalam situasi terkawal dan orang awam diminta untuk bertenang serta tidak menyebarkan maklumat palsu terutama menerusi laman sosial.

Artikel Berkaitan: