Utusan jual bangunan pejabat RM7 juta
04 Disember 2018 07:48pm
Masa membaca: 4 minit
KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Mediamony Sdn Bhd, menjual bangunan kedai pejabat lima tingkat di Petaling Jaya pada harga RM7 juta kepada Eden Resources Sdn Bhd.
Kumpulan berkenaan berkata, hasil daripada cadangan jualan itu akan digunakan sebahagiannya untuk keperluan dana modal kerja bagi membiayai operasi harian, termasuk bayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain.
Tambahnya, penggunaan sebenar belum ditentukan pada masa ini dan ia mungkin berbeza pada masa penggunaan.
“Lembaga pengarah berpendapat bahawa cadangan jualan itu adalah demi kepentingan terbaik Kumpulan Utusan memandangkan cadangan ini akan membolehkan kumpulan meraih dana bagi keperluan modal kerja,” kata Utusan Melayu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Cadangan penjualan itu dijangka dimuktamadkan menjelang hujung 2019. - Bernama Artikel Disyorkan
Dari kiri: Encik Muhammad Ali bin Abdul Karim, Penolong Pengarah, Seksyen Komunikasi Strategik, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ); Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor; Yang Berbahagia Dato’ Idzham Mohd Hashim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Berhad; dan Encik Faiz Rahman, Ketua Bahagian Korporat Kumpulan, Iskandar Investment Berhad, pada majlis penyampaian sumbangan berjumlah RM130,000 kepada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bersempena IIB20 Golf Invitational 2026 yang diadakan pada 15 Ogos 2026.