Gadis belasah lelaki selepas disimbah arak

Pareploy (tengah) menendang lelaki yang menyimbah arak ke badannya. - Agensi
Pareploy (tengah) menendang lelaki yang menyimbah arak ke badannya. - Agensi
A
A
A

BANGKOK - Tindakan seorang lelaki menyimbah arak ke badan seorang gadis selepas pelawaannya untuk minum bersama ditolak membawa padah apabila dia dibelasah mangsa yang juga merupakan peninju muay thai profesional.

Insiden yang berlaku di gerai tepi jalan di daerah Huai Kwang pinggir Bangkok itu berlaku pada Isnin lalu.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial, Pareploy Saeaia yang mempunyai rekod 40 kemenangan dalam 50 pertarungan dilihat menolak, menendang dan menumbuk lelaki tersebut.

Difahamkan, kedua-duanya telah didenda 1,000 baht (RM127) kerana mengganggu ketenteraman awam.

Dalam pada itu, lelaki tersebut yang juga seorang kakitangan di sebuah hotel di Bangkok telah dibuang kerja.

Swissotel Bangkok Ratchada dalam satu kenyataan menjelaskan tindakan lelaki tersebut telah mencemari reputasi hotel dan kelakuannya tidak dapat diterima sama sekali. - Agensi

Artikel Berkaitan: