Sila log masuk terlebih dahulu.

Keputusan 111 sekolah dibuka ditentukan selepas taklimat

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

JOHOR BAHRU - Keputusan untuk menentukan sama ada 111 sekolah yang ditutup berikutan pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim baru-baru ini dibuka semula, akan ditentukan selepas mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, di sini hari ini.

Menurut satu kenyataan oleh Pejabat Menteri Pendidikan, keselamatan guru, murid, kakitangan dan pekerja sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian itu.

“Selepas ini, saya (Dr Maszlee Malik) akan mendengar taklimat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Bilik Gerakan Utama di Pasir Gudang. Hasil daripada taklimat ini nanti akan menentukan sama ada semua sekolah yang ditutup sebelum ini benar-benar selamat untuk dibuka kepada guru-guru dan murid-murid yang berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menteri Pendidikan itu juga gembira melihat ramai guru dan murid yang menerima rawatan sudah semakin pulih berbanding keadaan yang dilalui mereka pada minggu lepas.

“Saya percaya dalam masa beberapa hari lagi, lebih ramai akan dibenarkan pulang. Saya sekali lagi mengutuk tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan bencana sisa kimia ini berlaku dan menjejaskan kesihatan serta keselamatan penduduk sekitar daerah Pasir Gudang,” kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: