MBSA buka kaunter bayar cukai taksiran pada Sabtu, Ahad, Februari

MBSA
MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka kaunter bayaran cukai taksiran pada Sabtu dan Ahad sepanjang Februari ini.

MBSA dalam kenyataannya memaklumkan, operasi kaunter itu bermula dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

"Pembukaan kaunter ini bertujuan memberi peluang dan memudahkan pelanggan menjelaskan cukai taksiran yang berakhir pada 28 Februari ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook MBSA pada Selasa.

Kenyataannya itu menjelaskan, pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama Tingkat G, Wisma MBSA dan di Pejabat Cawangan MBSA.

Artikel Berkaitan: