Tabung khas #Sinar4NZMartyrs terus dapat sambutan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah tabung khas #Sinar4NZMartyrs sehingga jam 10 pagi ini, berjaya mengumpul RM 36,616.28 dengan jumlah 613 transaksi sejak tabung itu dibuka.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.

Ternyata bantuan murni ini demi menyokong usaha dilakukan Sinar Harian bagi membantu mangsa tragedi keganasan di New Zealand yang menyebabkan 50 jemaah solat Jumaat meninggal dunia setakat hari ini.

Sebelum ini, satu tabung khas #Sinar4NZMartyrs dibuka untuk membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, 15 Mac lalu.

Kutipan itu terbahagi kepada tiga fokus utama iaitu mangsa yang meninggal dunia, mangsa yang cedera serta membantu membaik pulih masjid yang terjejas dalam tragedi yang menggemparkan dunia itu.

Artikel Berkaitan: