Presiden Honduras positif Covid-19

Xiomara Castro - Foto Reuters
Xiomara Castro - Foto Reuters
A
A
A

TEGUCIGALPA - Presiden Honduras, Xiomara Castro menerusi ciapan tweetnya pada Ahad mengesahkan beliau positif Covid-19 dan mengalami gejala ringan, lapor Xinhua.

Meskipun diuji negatif pada Sabtu, ujian pada Ahad menunjukkan beliau positif virus berkenaan, sambil menambah beliau akan kuarantin diri dan bekerja dari rumah.

Suaminya, Manuel Zelaya, yang berkhidmat sebagai presiden Honduras dari 2006 hingga 2009, diuji positif virus berkenaan awal Januari.

Honduras melaporkan 397,548 kes dan 10,548 kematian akibat Covid-19 setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: