Senegal juara Piala Negara-Negara Afrika

Pemain Senegal meraikan kejayaan menjuarai Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Mesir dalam perlawanan akhir.
Pemain Senegal meraikan kejayaan menjuarai Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Mesir dalam perlawanan akhir.
A
A
A

SENEGAL mengakhiri penantian menjulang kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika apabila menewaskan sensasi pilihan Mesir 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.

Kejayaan The Lions of Teranga menewaskan The Pharaohs dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium Paul Biya, Olembe itu sekali gus menyaksikan kejuaraan pertama selepas penampilan ke-16 dan menjadi negara ke-15 menjulang piala tersebut.

Ayam tambatan Senegal yang juga tonggak Liverpool, Sadio Mane dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir kali ini.

Sementara itu, penjaga gol Senegal yang juga pemain Chelsea, Edouard Mendy dipilih penjaga gol terbaik kejohanan.

Pemain Cameroon, Vincent Aboubakar yang berusia 30 tahun pula dipilih pemenang penjaring terbanyak kejohanan.

Artikel Berkaitan: