Anggota keselamatan terkesan insiden serangan

Naila Hassan
Naila Hassan
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND . Tragedi tembakan tempoh hari pasti meninggalkan kesan mendalam buat segenap masyarakat terutamanya penganut agama Islam.

Malah perasaan yang sama juga dirasai pegawai polis wanita New Zealand ini, Superintendan Naila Hassan tidak dapat menahan sebaknya ketika berucap di Aotea Square, Auckland.

Video ini dimuatnaik menerusi Facebook Auckland City District Police menyaksikan Superintendan Naila Hassan kongsi mesej ringkas ekoran mangsa tragedi tembakan di Christchurch.

Katanya, dia bangga bergelar seorang Muslim dan menjadi seorang ketua polis New Zealand.

"Saya tahu ini adalah masa yang sangat menyedihkan bagi komuniti Islam di New Zealand dan terutamanya di Christchurch.

"Kami mahu menyakinkan semua orang bahawa kami melakukan segala yang terdaya untuk memastikan mangsa serangan yang dasyat ini diperlakukan dengan penuh rasa hormat," katanya.

Naila berkata jumlah polis di sekitar masjid dan pusat Islam di seluruh negara telah ditingkatkan.

Artikel Berkaitan:

Naila Hassan
Naila Hassan

Menurutnya, Polis berada di lapangan di Christchurch bekerja bersama para pemimpin dalam masyarakat Islam untuk memastikan mereka yang telah meninggal dunia dipulangkan kepada yang tersayang.

Pesannya lagi, sekiranya anda tidak mendengar dari orang tersayang, Palang Merah dan Polis telah menubuhkan sebuah laman web di mana boleh mendaftarkan orang yang hilang atau menandakan dirinya sebagai hidup. https://familylinks.icrc.org/new-zealand/en/Pages/Home.aspx

Manakala penduduk yang tinggal di New Zealand juga boleh mendaftarkan orang yang hilang pada 0800 115 019.

"Saya mahukan masyarakat Islam kita, dan komuniti Christchurch, untuk mengetahui bahawa kita berdiri dengan anda dan kami berkongsi kesedihan dan kesakitan anda dan kami akan melakukan apa sahaja yang kami dapat untuk menyokong anda," katanya.

Sehingga kini, 50 disahkan maut, dengan mangsa berusia dua tahun hingga lebih 60 tahun

Selain itu, 50 orang yang cedera, 36 masih dirawat di hospital Christchurch dan 11 dalam keadaan kritikal, termasuk budak lelaki empat tahun yang dipindahkan ke hospital kanak-kanak Starship di Auckland