Selangor teliti cadangan bina terowong SMART

Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Kerajaan Persekutuan untuk membina Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) di bandar berkepadatan tinggi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata, pihaknya akan meneliti kaedah penyelesaian bagi menangani isu limpahan air bah yang berlaku pada Disember lalu.

"Kita alu-alukan semua pandangan berkaitan terowong SMART dan sebagainya tetapi kita kena lihat bagaimana kaedah itu dapat menyelesaikan dan menampung lebihan air seperti apa yang berlaku dalam kejadian lepas.

"Jadi kalau sediakan takungan besar yang banyak pada satu-satu masa, ia akan mengurangkan risiko (dilanda banjir) di tempat tertentu terutama di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini dan Hulu Langat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak niaga di Wisma PKPS, Seksyen 14 di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Terowong SMART bakal dibina di bandar berkepadatan tinggi seperti Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, ia merupakan antara cadangan langkah jangka pendek dan panjang yang dikemukakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi penyelesaian masalah banjir.

Artikel Berkaitan: