Wilder akui gol Boro agak kontroversi

Wilder - Foto Teeside Live
Wilder - Foto Teeside Live
A
A
A

PENGENDALI Middlesbrough, Chris Wilder mengakui gol penyamaan jaringan Matt Crooks pada minit ke-64, pada aksi pusingan keempat Piala FA berdepan Manchester United di Old Trafford, pada Sabtu sebagai jaringan yang kontroversi.

Menurut Wilder, biarpun jaringan berkenaan disahkan pengadil, namun bola kelihatan jelas terkena tangan Duncan Watmore sebelum mengumpan kepada Crooks menjaringkan gol penyamaan berkenaan.

“Gol itu disahkan pengadil yang menjaga Video Pembantu Pengadil (VAR), Stuart Atwell mengatakan bola terkena tangan Watmore secara tidak sengaja.

“Apa pun, jaringan penyamaan itu telah membawa perlawanan ini ke masa tambahan dan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

“Pada penentuan sepakan penalti, kami sekali lagi beraksi dengan baik dan memanfaatkan sepakan penalti itu bagi memastikan kemaraan ke pusingan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain United, Jadon Sancho membuka jaringan pada minit ke-25 sebelum Crooks menjaringkan gol penyamaan yang kontroversi pada minit ke-64 bagi mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Sementara itu, Wilder mengatakan tuah sememangnya memihak kepada skuad kendaliannya itu kali ini untuk mara ke pusingan seterusnya.

Justeru, Wilder berharap agar kesebelasan Boro terus konsisten bagi memastikan kelab berkenaan mampu mara lebih jauh dalam saingan Piala FA kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami benar-benar memanfaatkan ‘peluang’ atau ‘tuah’ pada perlawanan ini dan pengendali United kini pasti ‘menggaru’ kepala memikirkan bagaimana skuad kendaliannya gagal melepasi pusingna keempat Piala FA kali ini,” katanya.