Fantastik Athletic Bilbao singkir Real Madrid

Pemain Athletic Bilbao meraikan kejayaan menewaskan Real Madrid bersama penyokong di San Mames.
Pemain Athletic Bilbao meraikan kejayaan menewaskan Real Madrid bersama penyokong di San Mames.
A
A
A

JARINGAN menakjubkan minit akhir pemain gantian Alex Berenguer memberikan Athletic Bilbao kemenangan mengejut 1-0 ke atas Real Madrid, sekali gus menyingkirkan sensasi Sepanyol itu daripada saingan Piala Raja Sepanyol pada suku akhir di Stadium San Mames.

Athletic Bilbao yang tampil semangat pembunuh gergasi ke atas Barcelona sebelum itu, juga berjaya mengakhiri badi tiga kekalahan berturut-turut kepada Real Madrid dalam pelbagai kejuaraan.

Los Leones kendalian Marcelino mendominasi permainan sejak dari awal memberi tekanan ke atas Los Blancos pimpinan Carlo Ancelotti sehingga Berenguer memecah kebuntuan pada minit ke-89, hasil jaringan ke penjuru kanan gawang lawan.

Kemenangan dramatik itu menyaksikan Athletic Bilbao menyertai kelab pilihan Valencia, Rayo Vallecano dan Real Betis di separuh akhir.

Undian akan berlangsung pada Sabtu dengan separuh akhir dimainkan secara perlawanan timbal balik.

“Real Madrid mengharungi permainan di bawah kawalan dan kami boleh mempunyai banyak peluang untuk menang pada masa tambahan, namun Athletic Bilbao berjaya menjaringkan gol penghujung perlawanan dan mereka berhak menang,” ujar Ancelotti.

Pada perlawanan itu Real Madrid jelas terjejas tanpa Karim Benzema, yang masih belum pulih daripada kecederaan otot kaki, selain prestasi di bawah par Vinicius Jr.

Ketika ditanya mengapa Ancelotti memilih untuk bermain Vinicius dan Rodrygo berbanding Gareth Bale dan Eden Hazard, Ancelotti berkata: "Ada juga pemain lain yang tidak bermain hari ini. Mengapa anda tidak bertanya tentang mereka?

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak menghukum sesiapa. Mereka semua perlu bersaing untuk bermain."