Pakistan beri pingat gagah berani kepada seorang mangsa Masjid Al Noor

Naeem Rashid individu yang cuba menghalang Brenton Tarrant di Masjid Al Noor.
Naeem Rashid individu yang cuba menghalang Brenton Tarrant di Masjid Al Noor.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKISTAN . Pakistan bakal menganugerahkan pingat gagah berani kepada salah seorang rakyatnya yang terkorban dalam serangan di Masjid Al Noor, Jumaat lalu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Imran Khan di Islamabad hari ini.

Beliau turut mengesahkan sembilan rakyatnya terbunuh dalam insiden tembakan maut di Christchurch.

Mangsa dikenal pasti sebagai Naeem Rashid, walaupun imej wajahnya pada video yang disiarkan secara langsung di media sosial kabur.

Dalam video tersebut, Naeem dilihat menerpa dan cuba merampas raifal dibawa pengganas kulit putih, Brenton Tarrant sebelum ditembak mati.

"Pakistan berbangga dengan keberanian Naeem Rashid yang mati syahid ketika cuba menghalang pengganas kulit putih.

"Keberaniannya akan diingati dengan anugerah kebangsaan," kata Imran.

Sementara itu, Menteri Luar, Shah Mehmood Qureshi berkata anugerah itu akan diberikan kepada keluarga mangsa pada sambutan Hari Pakistan pada 23 Mac ini. - AFP

Artikel Berkaitan: