Zuraida masih ahli, anggota MPT Bersatu: Wan Saiful

Wan Saiful (dua dari kanan) dan Saifuddin (kanan) melancarkan program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali, Muar pada malam Rabu.
Wan Saiful (dua dari kanan) dan Saifuddin (kanan) melancarkan program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali, Muar pada malam Rabu.
A
A
A

MUAR - Semua pihak diminta menunggu pengumuman rasmi berkenaan khabar angin Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zuraida Kamaruddin yang didakwa akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, setakat ini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu masih lagi bersama-sama Bersatu.

"Macam-macam spekulasi mengenai Zuraida. Saya punya pandangan sebagai Ketua Penerangan parti, saya rasa isu ini dibincang dalam mesyuarat kita dan isu berkenaan kekal dalam mesyuarat.

"Lebih elok kita tunggu pengumuman rasmi daripada parti kalau ada apa-apa, kalau tiada sebaiknya kita pastikan Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga anggota MPT Bersatu menghadiri program Jelajah Penerangan Isu Semasa di Kampung Parit Haji Ali di sini, pada malam Rabu.

Wan Saiful berkata, spekulasi terbabit tidak akan melemahkan momentum Bersatu dan PN dalam menghadapi PRN Johor.

Zuraida sebelum ini dikaitkan menyertai PBM dan terdapat perbincangan pimpinan Bersatu berkaitan isu pemecatan Ahli Parlimen Ampang itu serta individu lain yang didakwa terlibat dengan parti baharu terbabit seperti dilaporkan sebuah portal.

Menerusi laporan portal berkenaan, seorang lagi anggota MPT Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman memaklumkan, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat pada 25 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Muhammad Faiz berkata, tiada sebarang keputusan dibuat setakat ini sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.