Tiga lelaki cemas kayak hanyut ke tengah laut

Bomba membantu mengiringi kayak mangsa ke persisiran pantai.
Bomba membantu mengiringi kayak mangsa ke persisiran pantai.
A
A
A

PORT DICKSON - Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila kayak mereka hanyut dibawa arus ombak besar ke tengah laut di Tanjung Tuan Beach Resort di sini pada Rabu.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Pegawai Bomba Kanan 11, Zainal Leman berkata, bomba menerima makluman kejadian jam 8 pagi.

"Difahamkan ketika kejadian tiga lelaki berusia 26 tahun itu berkayak sambil memancing.

"Namun disebabkan arus ombak besar, kayak mereka tiba-tiba dibawa ke pusaran di tengah laut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, mangsa yang tidak dapat kembali ke persisiran pantai telah mendapatkan bantuan bomba.

"Difahamkan tiga sekawan itu berada di Port Dickson untuk melakukan aktiviti perkhemahan.

"Pada masa sama mereka ambil peluang berkayak sambil memancing," katanya.

Artikel Berkaitan: