Conceicao mahu Cameroon teruskan kecemerlangan

Conceicao - Foto Afrika Top Sports
Conceicao - Foto Afrika Top Sports
A
A
A

PENGENDALI Cameroon, Antonio Conceicao menyifatkan aksi separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) berdepan Mesir di Stadium Olembe pada Jumaat, menjadi peluang terbaik skuad kendaliannya itu untuk melakar kejayaan ke atas 'gergasi Afrika' itu.

Menurut Conceicao, setelah mempamerkan aksi cemerlang sejak di peringkat kumpulan, skuad The Indomitable Lion itu kini hanya perlu menewaskan The Pharaohs yang juga sudah pasti mahu menebus kekecewaan edisi 2019 lalu biarpun AFCON berlangsung di Mesir.

"Saya jangkakan aksi separuh akhir ini akan berlangsung dengan sengit kerana kedua-dua pasukan sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi di pentas final.

“Namun, sebenarnya, saya sangat berbangga dengan pencapaian kami pada edisi kali ini, malah sejak daripada aksi pembukaan kami telah mempamerkan aksi yang mantap.

“Kesemua pemain telah beraksi baik dan mematuhi percaturan perlawanan yang telah diatur sejak awal lagi; oleh itu, ini kami perlu mempamerkan aksi yang lebih baik apabila berdepan Mesir yang menjadi penghalang ‘besar’ untuk kami ke final,” katanya.

Untuk rekod, Cameroon mara ke separuh akhir setelah menewaskan Gambia 2-1 pada aksi suku akhir, Ahad lalu.

Malah, aksi di hadapan penyokong sendiri kali ini menyaksikan The Indomitable Lions itu mempamerkan aksi mantap sejak aksi peringkat kumpulan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah selain turut cemerlang dengan menewaskan Comoros 2-1 pada saingan kalah mati sebelum mengecewakan Gambia 2-0 pada aksi suku akhir.

Sementara itu, Conceicao turut mengingatkan kesebelasan Cameroon untuk kekal fokus berdepan Mesir pada aksi separuh akhir berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Malah Conceicao percaya, pengendali Mesir, Carlos Queiroz bakal menurunkan kesebelasan terkuatnya bagi merealisasikan misi ke final kali ini.

“Lawan kita di separuh akhir kali ini adalah Mesir; sebuah pasukan yang banyak memenangi kejohanan di Afrika dan kita semua tahu mengenai kekuatan serta perkembangan mereka.

“Apa pun, diharapkan pemain-pemain kita dapat memberikan fokus kepada perlawanan selain memiliki azam yang kuat untuk beraksi di pentas final kerana ia merupakan objektif utama kami.

“Lagipun, kesemua pemain berada di sini (kejohanan) selama 30 hari, berjauhan daripada keluarga; iaitu satu perkara yang bukannya mudah kerana dalam masa sama, mereka perlu kekal fokus bagi mencapai objektif kita,” katanya.