40 rumah di Shah Alam rosak akibat hujan, ribut

Pihak LZS turun padang mendapatkan maklumat daripada pemilik rumah yang terjejas akibat ribut baru-baru ini untuk tujuan pemberian bantuan kelak. - Foto LZS Petaling
Pihak LZS turun padang mendapatkan maklumat daripada pemilik rumah yang terjejas akibat ribut baru-baru ini untuk tujuan pemberian bantuan kelak. - Foto LZS Petaling
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima aduan daripada penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu 3, di sini yang memaklumkan sebanyak 40 buah rumah rosak akibat hujan dan ribut baru-baru ini.

LZS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, bahawa mangsa-mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut melibatkan penduduk tempatan dan bukan warganegara.

Menurut hantaran tersebut, LZS akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling untuk mendapatkan senarai penuh mangsa bagi tindakan lanjut.

“Kami difahamkan bahawa pihak PDT akan bekerjasama untuk mendapatkan senarai penuh nama mangsa dan akan diserahkan kepada pihak LZS daerah Petaling bagi memproses bantuan yang sepatutnya.

“Kami doakan semoga semuanya dipermudahkan. Terima kasih pada pengeluar zakat,” menurut LZS dalam hantaran tersebut pada Isnin.

Artikel Berkaitan: