Giliran Nike gantung Greenwood...

Pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick (kiri) ketika menurunkan Greenwood semasa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Old Trafford pada 5 Disember lalu. - Foto AFP

A
A
A

NIKE menggantung kerjasama dengan pemain Manchester United, Mason Greenwood, kata gergasi pakaian sukan itu pada Isnin, selepas penyerang berusia 20 tahun England tersebut didakwa menyerang seorang wanita.

"Kami menggantung hubungan dengan Mason Greenwood.

Kami amat prihatin dengan dakwaan sebelum ini dan akan memantau situasi dengan teliti," kata jurucakap Nike.

Dakwaan terhadap Greenwood - termasuk video, gambar dan nota suara - tular di media sosial pada Ahad.

Sebelum ini, Greenwood digantung Manchester United serta-merta selepas didakwa menyerang teman wanitanya, Harriet Robson.

"Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain perlawanan sehingga diberitahu oleh kelab," ujar jurucakap Manchester United.

Artikel Berkaitan: