Piala Perancis: Nice singkir penyandang juara PSG

Bulka meraikan kejayaan Nice mara ke pusingan berikutnya Piala Perancis.
Bulka meraikan kejayaan Nice mara ke pusingan berikutnya Piala Perancis.
A
A
A

KECEMERLANGAN penjaga gol, Marcin Bulka menyelamatkan dua sepakan penalti membolehkan Olympique Gymnaste Club (OGC) Nice menyingkirkan juara bertahan Paris St Germain (PSG) 6-5 menerusi sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Perancis di Parc des Princes.

Bulka menyertai Nice secara pinjaman daripada PSG, cemerlang menafikan sepakan penalti Leandro Paredes dan Xavi Simons sekali gus menamatkan penguasaan skuad kendalian Mauricio Pochettino tersebut - enam kejuaraan daripada tujuh musim terakhir.

Nice akan menjadi tuan rumah kepada satu lagi gergasi Perancis, Olympique de Marseille (OM) pada suku akhir.

Pada perlawanan itu, Les Parisiens menguasai babak pertama, namun benteng Les Aiglons yang lebih tersusun berjaya menafikan deretan percubaan lawan.

Bersambung babak kedua, Les Parisiens sekali lagi mengasak, namun sekali lagi Julian Draxler, Mauro Icardi, Lionel Messi, Marco Verratti dan Kylian Mbappe gagal menterjemahkannya dalam bentuk gol.

Skuad bimbingan Christophe Galtier, yang menduduki tempat kedua Ligue 1 di belakang kelab Paris itu, mempunyai dua peluang keemasan, namun percubaan Justin Kluivert disekat.

Pada peringkat suku akhir minggu depan, dua pembunuh gergasi Divisyen Empat, Bergerac dan Versailles diundi menentang satu sama lain.

Sementara dua lagi perlawanan menyaksikan kelab divisyen teratas menjadi tuan rumah lawan kelab Ligue 2 - Nantes menentang Bastia manakala AS Monaco berdepan Amiens.

Artikel Berkaitan: