Sila log masuk terlebih dahulu.

Haziq…di mana kamu?

Mohd Haziq (dalam bulatan) sehingga ke hari ini masih belum ditemui.
Mohd Haziq (dalam bulatan) sehingga ke hari ini masih belum ditemui.
A
A
A

SHAH ALAM - Memasuki hari ketiga kejadian serangan pengganas di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Mohd Haziq Mohd Tarmizi sehingga ke hari ini masih lagi belum ditemui.

ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang menziarah tiga rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan itu berkata, tiada sebarang perkembangan berhubung berita kehilangan Mohd Haziq, 17.

“Mohd Tarmizi maklum kepada saya masih tiada perkhabaran mengenai Haziq, anak lelaki beliau yang turut sama bersolat Jumaat.

“Moga mereka semua cepat sembuh dan sihat seperti biasa serta adik Haziq dapat ditemui dengan selamat. Mohon doakan...,” katanya, hari ini.

Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 49, yang cedera parah di tembak dalam serangan sama.

Seorang lagi anak Mohd Tarmizi, Mohd Hariz, 12, kini selamat dan ditempatkan di sebuah hospital di bandar terbabit kerana trauma.

Semalam, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

Artikel Berkaitan: