Wanita hilang 4 hari ditemui selamat

Zain
Zain
A
A
A

MARANG – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu di Kampung Batu Penunggul, di sini berjaya ditemui kira-kira jam 3.30 petang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, Rohana Abu Bakar, 49, ditemukan dalam keadaan selamat oleh pasukan yang digerakkan mencari mangsa sejak Ahad.

“Mangsa dijumpai pada jarak kira-kira 3 kilometer (km) dari pondok didiaminya, iaitu lokasi terakhir dia berada sebelum dilaporkan hilang.

“Mangsa berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini pada Isnin.

Menurut Mohd Zain, polis menerima laporan kehilangan Rohana yang dibuat oleh anaknya pada jam 1 tengah hari, Sabtu lalu di Balai Polis Bukit Payong.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu mangsa didapati tiada di pondok ketika anaknya tiba jam 11 pagi, Jumaat lalu dan usaha mencari wanita berkenaan di kawasan sekitar turut gagal.

“Selepas laporan dibuat, polis bersama beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung melakukan gerakan mencari mangsa.

“Alhamdulillah, mangsa sudah ditemui dan operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan,” katanya.

Artikel Berkaitan: