Alasan rabun silau minta teman lelaki tiada lesen pandu kereta

Anggota penguat kuasa JPJ memeriksa kereta Proton Saga yang dipandu lelaki itu tanpa lesen dan cermin gelap tidak mengikuti spesifikasi.
Anggota penguat kuasa JPJ memeriksa kereta Proton Saga yang dipandu lelaki itu tanpa lesen dan cermin gelap tidak mengikuti spesifikasi.
A
A
A

MELAKA - Gara-gara memandu kereta teman wanita tanpa lesen memandu, seorang lelaki dikenakan saman ketika Operasi Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka sempena Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2022 di Jalan Syed Abdul Aziz di sini pada malam Ahad.

Lelaki berusia 20-an yang memandu kereta jenis Proton Saga itu turut disaman atas kesalahan cermin kereta gelap tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Teman wanitanya memberi alasan terpaksa meminta lelaki itu memandu kereta kerana mengalami rabun silau untuk pulang ke rumah di Seremban, Negeri Sembilan.

Seorang juruvideo berusia 25 tahun juga dikenakan dua saman kerana tidak memiliki lesen motosikal dan menunggang motosikal yang tidak diperbaharui cukai jalan.

Pemuda berusia 25 tahun dikenakan dua notis saman termasuk menunggang motosikal tanpa lesen dalam OPS TBC di Jalan Syed Abdul Aziz di sini pada malam Ahad.
Pemuda berusia 25 tahun dikenakan dua notis saman termasuk menunggang motosikal tanpa lesen dalam OPS TBC di Jalan Syed Abdul Aziz di sini pada malam Ahad.

Dia yang hanya mempunyai lesen memandu memberitahu terpaksa menunggang motosikal rakannya ke tempat kerja kerana keretanya digunakan rakan untuk membawa peralatan penggambaran ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata, dalam operasi itu sebanyak 750 buah kenderaan telah diperiksa dan 176 notis saman dengan nilai kira-kira RM37,800 bagi pelbagai kesalahan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 114 kes, diikuti tiada lesen memandu (47), cermin gelap (45), nombor pendaftaran (16) dan dua kesalahan teknikal dengan jumlah keseluruhan 224 kesalahan yang direkodkan.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang Ops TBC ini, kita juga telah mengeluarkan Notis Saman JPJ(P) 22 sebanyak 185 dan kesalahan lebih muatan paling tinggi direkodkan iaitu sebanyak 31 notis," katanya.