Ayat pertama suami: “Awak datang dengan siapa?”

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - ‘Awak datang dengan siapa?’. Itu ayat pertama yang keluar daripada mulut mangsa tembakan pengganas, Nazril Hisham Omar, 49, kepada isterinya, Dr Zurinawati Mohi, hari ini.

Zurinawati yang mesra disapa Zurina berkata, beliau bertemu dengan suaminya di Hospital Christchurch, New Zealand kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

“Sebaik tiba, suami melihat saya dan terus bertanya saya datang dengan siapa. Saya menjawab pertanyaannya. Dia juga bertanya di mana anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya tahu suami cedera'

Pensyarah syukur anak tak jadi mangsa pengganas

“Alhamdulliah, saya akhirnya dapat melihat dan bersembang sendiri dengan suami selepas tiga hari tragedi itu berlaku,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau yang merupakan pensyarah dari Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata, ketika ini suaminya berada dalam bilik pembedahan.

“Saya sekarang berada di ruang menunggu. Pembedahan itu memakan masa lima jam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Nazril Hisham antara tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan pengganas di Masjid Al Noor ketika solat Jumaat lalu.

Selain Nazril Hisham, dua lagi mangsa serangan pengganas itu adalah Mohd Tarmizi Shuib dan Rahimi Ahmad.

Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Christchurch.

Kejadian serangan itu menyebabkan 50 maut dan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.