Medvedev tekad sekat Nadal cipta rekod Grand Slam

Medvedev - foto EPA
Medvedev - foto EPA
A
A
A

BINTANG tenis Rusia, Daniil Medvedev bertekad mahu menghalang bintang Sepanyol, Rafael Nadal mencipta rekod memenangi gelaran Grand Slam ke-21 pada aksi final Terbuka Australia pada Ahad.

Menurut pemain berusia 25 tahun itu, beliau akan cuba sedaya upaya menyekat Nadal sekali gus membiarkan rekod gelaran Grand Slam hanya dimenangi sebanyak 20 kali dalam kalangan tiga pemain utama dunia ketika ini iaitu Roger Federer, Novak Djokovic dan Nadal.

“Setakat ini Federer, Djkokvic dan Nadal masing-masing merekodkan 20 gelaran Grand Slam setiap seorang dan kini Nadal berpeluang untuk mencatatkan gelaran ke-21.

“Oleh itu, saya tahu apa yang diburu oleh ketiga-tiga pemain utama dunia itu dan kini berpeluang untuk menyekat salah seorang daripada mereka Nadal agar ‘tidak berjaya’ mencatatkan rekod memenangi gelaran Grand Slam ke-21.

“Namun jangan salah anggap, saya bukannya berpihak atau membantu sesiapa, cuma saya melakukan tugas saya dan memberikan fokus pada aksi final untuk cuba memenangi kejohanan ini (Terbuka Australia),” katanya.

Medvedev yang juga pemain nombor dua dunia mara ke final Terbuka Australia kali ini setelah menewaskan pemain rangking keempat dunia Stefanos Tsitsipas, 7-6 (5), 4-6, 6-4, 6-1 pada Jumaat.

Untuk rekod, kali terakhir Medvedev berdepan Nadal pada pentas akhir Grand Slam adalah pada Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2019 lalu di mana Medvedev tewas 5-7, 3-6, 7-5, 6-4, 4-6.

Mengulas aksi berdepan Nadal, Medvedev berkata, dia sudah memiliki percaturan sendiri bagaimana untuk berdepan pemain yang berusia lebih 10 tahun daripadanya itu.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, dua sudah lama memerhatikan gaya permainan Nadal dan menyifatkannya sebagai salah seorang pemain yang bagus dalam sukan tenis.

“Saya sudah lama memerhatikan Nadal dan saya menjangkakan final kali ini akan berlangsung dengan sengit.

“Namun, saya sudah bersedia dan saya akan cuba sedaya upaya untuk menyekat Nadal mencipta rekod Grand Slam kali dan dalam masa sama saya sendiri akan cuba melakar sejarah memenangi kejohanan (Terbuka Australia) ini,” katanya.