X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Lima lagi penarik kereta bergaduh ditahan

Pergaduhan melibatkan 20 individu di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu pada Rabu lalu.
A
A

GEORGETOWN - Polis menahan lima lagi penarik kereta menjadikan jumlah keseluruhan 10 orang bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada Rabu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dua telah dilepaskan dengan jaminan polis manakala lapan lagi masih direman selama lima hari sehingga 31 Januari ini.

Menurutnya, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun dan berasal dari negeri ini.

"Suspek yang masih direman ditempatkan di Lokap Berpusat Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

"Enam daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Hasil ujian saringan awal polis didapati kesemuanya negatif," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebelum ini, polis menahan lima lelaki penarik kereta selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan melibatkan 20 individu di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Pergaduhan berlaku selepas satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar.

Ia dikatakan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Insiden melibatkan sekumpulan individu itu telah dirakam orang awam dan tular di media sosial sejak petang Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!