Medvedev waspada penampilan Auger-Aliassime

Medvedev (kiri) berhati-hati menjelang pertemuan keempat kariernya dengan Auger-Aliassime di separuh akhir Terbuka Australia.
Medvedev (kiri) berhati-hati menjelang pertemuan keempat kariernya dengan Auger-Aliassime di separuh akhir Terbuka Australia.
A
A
A

JUARA Terbuka Amerika Syarikat, Daniil Medvedev, 25, akan membuat perhitungan dengan bintang muda Kanada, Felix Auger-Aliassime, 21, di pentas separuh akhir Terbuka Australia di Rod Laver Arena, dalam pemburuan Grand Slam keduanya.

Medvedev, yang merupakan naib juara apabila tunduk kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic di Melbourne tahun lalu, sebelum ini pernah menewaskan Auger-Aliassime di separuh akhir Terbuka AS tahun lalu dan Piala ATP bulan ini.

Bagaimanapun pemain nombor dua dunia itu berkata, dia tetap berhati-hati menjelang pertemuan keempat kariernya dengan Auger-Aliassime.

“Dua perlawanan terakhir saya akui mendapatkan kelebihan daripadanya, namun dia seorang pemain yang cukup luar biasa. Ia adalah peringkat akhir kejuaraan terbesar di dunia.

"Saya fikir ini bermakna kami telah melakukan kerja yang cukup baik dalam kerjaya kami,” katanya yang memenangi tiga pertemuan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: