X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Pembalakan di Kelantan tidak jejaskan populasi harimau

Abdul Khalim ketika bercakap kepada media di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa pada Isnin.
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mendakwa aktiviti pembalakan di negeri ini tidak menjejaskan populasi harimau.

Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, proses itu sebaliknya baik untuk pertambahan populasi berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak.

Menurutnya, bila ada pembalakan banyak tumbuhan baharu akan tumbuh yang menarik haiwan seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut.

"Kedatangan haiwan seperti kancil itu akan menjadi sumber makanan buat harimau.

"Situasi itu juga akan memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan mengatakan kehadiran beberapa ekor harimau di perkampungan orang asli berpunca daripada aktiviti pembalakan secara berleluasa.

Sebelum itu, Abdul Khalim turun padang menyaksikan Operasi Bersepadu Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa di sini pada Isnin.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama seramai 81 anggota dari Jabatan Perhutanan Kelantan; Pejabat Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan, Abdul Khalim berkata, Kelantan sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).

"Kita tidak pernah melebihi catuan tebangan sebagaimana dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun.

“Malah pembalakan hanya dilakukan di hutan pengeluaran, bukannya hutan perlindungan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!