Jalan Taman Tasik Teratai-Serendah Golf dilanda banjir kilat

Keadaan jalan ditakungi air susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang, Isnin.
Keadaan jalan ditakungi air susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang, Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Hujan lebat sekitar jam 3 petang Isnin menyebabkan jalan dari Taman Tasik Teratai hingga Serendah Golf di sini dilanda banjir kilat.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Lee Meng Wai berkata, air mulai bertakung sekitar jam 3.20 petang namun jalan itu masih dilalui kenderaan.

Menurutnya, kawasan itu kerap mengalami banjir kilat disebabkan masalah saliran tersumbat.

"Masalah ini disyaki berpunca dari aktiviti kuari atas bukit dan telah dipanjangkan isu tersebut sebanyak dua kali kepada pihak terlibat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menerusi laman sosial Facebook MyHuluselangor, seorang pengguna telah berkongsi keadaan jalan di Serendah Golf digenangi banjir kilat sejam lalu.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan setakat ini belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: