53 murid SK Assumption disuraikan

Sekolah Kebangsaan Assumption. - Gambar Astro AWANI
Sekolah Kebangsaan Assumption. - Gambar Astro AWANI
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 53 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang disuraikan ke sekolah berhampiran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, ketetapan itu diambil berdasarkan trend enrolmen murid yang menurun dari setahun ke setahun.

Menurut kenyataan itu, pada masa ini, sekolah tersebut beroperasi dengan enrolmen murid seramai 53 orang dengan 15 guru dan dua anggota kumpulan pelaksana (AKP).

"Terdapat lima buah sekolah berdekatan dalam lingkungan antara hingga 5.8 kilometer (km) iaitu SK Kuala Perai, Butterworth (0.35km), SK Sungai Nyior (1.75km), SK St Mark, Butterworth (2.1km), SK Khir Johari, Perai (5.5km) dan SK St Mark, Perai (5.8km).

"Penyuraian ini juga dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 guru dan dua AKP ke sekolah lain," kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, mengambil kira sesi persekolahan yang sedang berlangsung, KPM telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak sekolah

sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada Mac 2022.

"KPM akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

SK Assumption merupakan sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah yang dimiliki syarikat itu sejak tahun 2008.

Pada 3 November 2021, Sri Avenue telah memaklumkan bahawa syarikatnya menerima tawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah daripada pihak ketiga.

Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah tersebut dengan secepat mungkin.