Ahmad Zahid sasar lebih 20 saksi beri keterangan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, bahawa pihaknya akan memanggil lebih 20 saksi untuk memberi keterangan pada April depan.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, pasukan pendakwaan menawarkan 37 saksi kepada pasukan pembelaan.

Namun katanya, lebih kurang 20 daripada jumlah itu akan digunakan untuk prosiding bela diri kelak.

“Saksi pertama adalah melibatkan anak guam saya sendiri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, manakala saksi-saksi lain akan dimaklumkan kemudian.

“Maka pihak kami memerlukan sedikit masa untuk menyediakan pernyataan-pernyataan saksi yang terlibat sekaligus memohon agar prosiding bela diri ditetapkan tiga bulan dari tarikh hari ini,” katanya.

Beliau berkata, ia penting bagi pihak pembelaan memutuskan saksi mana yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Pagi Isnin, Ahmad Zahid diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan perkara itu selepas berpendapat wujud prima facie berhubung kes itu.

Artikel Berkaitan: