Malaysia ambil 10,000 Pekhidmat Domestik Indonesia

M Saravanan
M Saravanan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia dan Indonesia bersetuju melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) Februari depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, projek rintis tersebut dijangka dilaksanakan selepas seminggu Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung Pengambilan dan penempatan PDI ditandatangani di Bali, Indonesia pada 7 dan 8 Februari depan.

Menurut beliau, projek rintis itu penting dan signifikan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan MOU dan menambah baik kelemahan projek berkenaan.

"MOU induk telah pun dipersetujui termasuklah isu-isu utama seperti satu pembantu, satu rumah, satu sistem saluran dan gaji PDI,

"Perbincangan berhubung satu pembantu satu rumah telah dipersetujui bagi menggantikan cadangan satu pembantu satu tugasan dan seorang PDI boleh digajikan bagi isi rumah tidak melebihi enam orang," katanya dalam kenyataan selepas pertemuan dengan rakan sejawat, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia Ida Fauziyah, di Jakarta pada Isnin.

Beliau berkata, satu sistem saluran tunggal bagi kemasukan PDI ke Malaysia turut dipersetujui.

"Isu berhubung struktur kos pengambilan akan dikaji setiap enam bulan bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan semasa mengambil kira antaranya seperti kos penerbangan dan kuarantin," katanya.

Saravanan berkata, pihak Indonesia juga bersetuju membenarkan kemasukan 10,000 tenaga kerja warganya untuk sektor perladangan.

"Ini adalah sebagai permulaan kepada pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas sebagaimana keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April 2021," katanya.

Artikel Berkaitan: